Sunday, August 07, 2011

what you want or what you need?

review untuk kali ini
sebenarnya, saya baru selesai menonton cerita "The Princess and Frog". cerita kartun yang memberi banyak erti, kisah dan pengajaran. kurang pasti tentangpendapat yang lain, tetapi bagi saya cerita ini seharusnya diketengahkan bukan sahaja kerana kehebatan pengarah, penulis skrip yang kreatif dan mempunyai daya imaginasi yang cemerlang, barisan pelakon pandai mendalami watak dengan hanya menggunakan suara serta kerjasama antara krew penerbitan malahan pengajaran yang diselitkan untuk tatapan anak muda masa kini.

saya sendiri dapat mengeluarkan 3 pengajaran yang saya rasa sesuai dan kena dengan diri saya. bahkan bagi pembaca yang sudah menonton dan merasakan ada lagi pengajaran yang terselit, boleh la berkongsi bersama saya.

PERTAMA
kehidupan 2 darjat yang berbeza, dimana Tania( seorang yang miskin dan menjalani kehidupan yang susah serta kawannya{} dilimpahi kemewahan hidup yang sangat sempurna. tetapi tidak sedikit pun menjadi penghalang antara mereka untuk bersahabat baik. malah, kawannya yang kaya bahagia dan tumpang gembira di saat cinta Tania berputik dengan putera idaman kawannya( cinta sejati Tania semasa mereka disumpah menjadi katak ). jadi mengapa kita yang sempurna masih lagi merasa dengki terhadap kebahagiaan orang lain?

KEDUA
pertemuan antara watak yang menonjolkan lagi cerita ini sangat menarik. dipertemukan putera katak dengan tania, kemudian mereka berjumpa dengan Mr. Crocs(buaya) dan akhir sekali the flies( kelip-kelip).
4 sahabat baik
walaupun mereka berbeza rupa dan bentuk, berlainan pendapat dan gaya hidup, namun semangat kekitaan, ikhlas dan saling menolong berjaya dilakonkan dengan baik.

KETIGA
akhir sekali. slogan atau cogan kata yang saya rasa akan saya jadikan pegangan dalam hidup adalah "what you want or what you need" slogan yang memberi maksud, apa yang kamu nak atau apa yang kamu perlukan. kita sebagai manusia tidak akan dapat semua yang kita nak. nak kaya tapi sibuk, selalu sakit. nak itu nnti jadi ini. oleh itu. fikri dulu! kamu nak atau kamu perlukan. kalau kamu nak, memang tak kan kesudah kamu akan nak akan benda lain. tapi kalau kamu perlukan itulah yang akan kamu perlukan sampai bila-bila. kasih sayang, teman hidup, ibu bapa dan kejayaan hidup.

itu saja coretan saya pada kali ini. sebarang maklumat lanjut atau penambahbaikan amat dialu-alukan.


No comments: