Monday, August 08, 2011

Kiblat kita pernah bertukar?

salam. sempena hari ke-8 dalam bulan Ramadhan, saya ingin berkongsi satu artikel yang menarik perhatian saya. ini kerana saya sendiri baru tahu akan hal ini.

dipetik dari Beria Harian(khamis- 21 Julai 2011).

Perintah menghadap kiblat ke Kaabah berlaku pada tahun kedua Hijrah

kisah perubahan kiblat terjadi ada tahun kedua Hijrah. Rasulullah SAW telah menunaikan solat menghadap ke Baitulmaqdis selama 16 atau 17 bulan. akan tetapi baginda ingin menghadap ke arah Kaabah seagai kiblatnya.
setelah diperintahkan Allah untuk berpaling ke Kaabah, solat pertama yang dilakukan Baginda ialah solat Asar.

Ibnu Sa'ad di dalam kitab al-Tabaqat meriwayatkan bahawa Rasulullah sedang melawat Ummu Bisyr bin al-Barra' bin Mabrur di kawasan Bani Salamah. apabila tiba waku solat zohor, baginda bersolat di masjid perkampungan itu.  sedang baginda berada dalam dlam rakaat kedua solatnya, turun wahyu daripada Allah memerintahkannya menukar arah dari Masjidil Aqsa ke arah Kaabah di Masjidil Haram. oleh itu masjid itu dinamakn sebagai Masjid Qiblatain.

Perubahan arah kiblat adalah satu tamparan hebat bagi kam Yahudi yang selama ini begitu berbangga dengan kiblat mereka iaitu Baitulmaqdis sehingga mereka mencemuh dan mengejek umat Islam.

No comments: