Saturday, July 30, 2011

Ahsraf gagal jadi Aleesha meninggal dunia - Malaysiakini

al-fatihah... salam takziah aq ucapkan kepada keluarga dia. terkedu. x terkata. malahan aq ada dgr jgak criter org kata ini semua lakonan.. nk tutup mala bagai...tapi bagi aq.. senang jer.. hormat orang.. apa pun terjadi.. dia sendiri yg tanggung.. igt.. kita ada iman. x suka, gunalah tangan utk memperbetulkan..x mampu..gunalah mulut utk jauhnyinya..masih x mampu.. ada hati..tyalah. iman..(walaupun itu adalah selemah-lemah iman.)

renungan bersama...

semoga dia baik sebaiknya.amin...

Ahsraf gagal jadi Aleesha meninggal dunia - Malaysiakini

Tuesday, July 12, 2011

Lelaki Kacak Muncul Ketika Jenazah Dikafankan

salam...insaf meta yer.... dah banyak sgt post politik..aq x nk la smpi umah aq ni polis ngn repoter berkampung kat sini kan...

kali ni saja nk kongsikan...

AL-QURAN PEMBERI SYAFAAT


Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: 

"Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi, bukan malaikat dan sebagainya". 

Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah. Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya. 

Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. 

Bila selesai dikebumikan, orang ramai termasuklah ahli-ahli keluarga dan kekasih kita akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan. 

Tetapi orang yang kacak itu akan berkata: 

"Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun.Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!" 

Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata: 

"Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat." 

"Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacitalagi" 

Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat-malaikat dari syurga. 

Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. 

Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi. 

Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. 

Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat. 

Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan-amalan kita sewaktu di dunia. 

Allah telah menjanjikan Al-Quran sebagai pemberisyafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar. 

Allahu 'Alam...

sumber: fb Imam Muda Nazrul


Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2011/07/lelaki-kacak-muncul-ketika-jenazah.html#ixzz1RtxP1GOT

lor....bangla pon jadi la... x cukop org maa..!

YANG NI PUN TERHARU GAK..PASAI TERPAKSA GUNA BANGLA...
UPAH MURAH MAAA..BAGI T-SHIRT SELAI JALANLA...




Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2011/07/gambar-paling-terharu-bersih-20.html#ixzz1RtntsK5R

paper mana nihk..??adoi...

Gambar yang disiarkan Berita Minggu( kiri ) dan gambar sebenar Ajak ( Kanan ) 


Gambar
sebenar Ajak dengan bendera Malaysia yang dikatakan pisau oleh akhbar
berkenaan disiarkan oleh sebuah akhbar bahasa Inggeris hari ini.
Akhbar itu mahu buktikan ia gambar sebenar dalam demo itu bukannya
gambar luar negara tetapi berikan bukti untuk Ajak menyaman akhbar
bahasa Malaysia itu


Gambar
yang disiarkan oleh Berita Minggu yang tidak membayangkan hal
sebenarnya dan membuat dakwaan palsu iaitu memegang pisau padahal
bendera Malaysia sebenarnya


Gambar Ajak ketika memegang Jalur Gemilang





TEMERLOH, 11 Julai:
Seorang Pemuda Amal PAS kawasan ini mengecam tindakan sebuah akhbar
harian semalam yang menyiarkan gambarnya dengan imej “pemuda bertopeng”
semasa perhimpunan Bersih Sabtu lalu yang telah diubah suai bagi
menggambarkan keganasan.


Sebaliknya beliau yang
hanya mahu dikenali sebagai Ajak, berkata tangannya memegang bendera
jalur gemilang bukannya pisau sebagaimana mahu digambarkan akhbar
berkenaan.



Serentak dengan itu, beliau yang menganggap akhbar
kawalan Umno itu berniat jahat dan menipu rakyat negara ini menggesa
jurufoto yang menggambil gambarnya itu menyiarkan gambar yang sebenar
atau berdepan dengan tindakan undang-undang.



“Saya turun ke
Kuala Lumpur sebagai anggota Amal PAS yang mengawal keselamatan dan
saya berada di hadapan Maybank bersama puluhan ribu rakyat ketika itu
dan saya berada di depan sekali. Antara pimpinan yang ada ialah Dr
Mohamad Hatta Ramli.



“Pada masa itu Polis Simpanan Persekutuan
(FRU) melepaskan gas pemedih mata. Bagi mengawal pemimpin, saya sempat
mengutip kelongsong gas yang masih berasap itu lalu membalingnya ke
atas rumput bukannya ke arah polis,” ujarnya.



Tambahnya, gambar
yang masih disiarkan akhbar berkenaan seolah-olah memegang pisau dan
membaling batu sedangkan beliau memegang bendera jalur gemilang dan
membaling kelongsong gas kosong ke tepi.



Katanya, anggota Amal
diajar dengan disiplin yang tinggi dan jika beliau memiliki pisau sudah
lama ditangkap polis kerana perjalanan dari Pahang ke Kuala Lumpur
terpaksa menempuh banyak sekatan polis.




“Malangnya gambar
tersebut telah diubah suai dengan niat jahat, menipu dan mengaibkan
peserta himpunan menuntut pembaikan proses pilihan raya itu.



“Kenapa
keluar gambar saya seorang, mana puluhan ribu lagi rakyat yang berarak
dari Jalan Pudu hingga ke Maybank itu? Saya cabar akhbar itu siarkan
gambar sebenar,” katanya.



Mengenai pemakaian topeng, beliau
berkata itu bagi mengelakkan terhidu gas berasid yang boleh memudaratkan
kerana beliau sudah bepengalaman acap kali menyertai demonstrasi.



Dalam
pada itu beliau sedang berbincang dengan seorang peguam terkenal di
sini bagi membawa kesnya itu ke mahkamah kerana beliau sudah mula
menjadi tumpuan umum akibat gambar yang mengaibkannya disiarkan secara
berleluasa.Hrkh


Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2011/07/lagi-penipuan-akhbar-cibai-umporno.html#ixzz1RtnfCpch

Cincin mekMah Bernilai RM73 Juta? mak aii...kalah makkk nakk....!!!


hamboi..mekMah..tangan kamu tu dh berbedung sgt ke yg nak pakai cincin sampai 73 juta..la..aq bkn apa..terkezut mak nak! mahna tahkanya... tu baru cincin..hampeh2...
agaknya...dari hujung rambut smpi hujung kaki mekMah ada sama kot ngn 10 bijik Lamborghini tambah 100 bijik kreta malaysia..ala....Inspira la tu...inspired by Lancer, Mitsubishi.




aq  petik dari blog org:
[FMT] PETALING JAYA: Sedang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih lagi bergelut dengan gempa politik kesan dari perhimpunan Bersih 2.0, kini timbul pula dakwaan terbaru yang melibatkan isterinya, Rosmah Mansor.

Wanita Pertama yang sangat kuat bergaya ini telah didakwa mula memiliki sebentuk cincin berlian, yang bernilai sehingga mencecah USD 24 juta (RM73.48 juta) pada bulan April tahun ini.

Sebuah blog pro-Pakatan Rakyat, "Milo Suam" mendakwa bahawa cincin itu telah dihantar kepada Rosmah oleh kedai barangan kemas yang berpangkalan di New York-denda, Jacob & Co.


Cincin

Blog ini mendakwa cincin yang dikenali sebagai "Natural Fancy Blue Kusyen Gray Diamond Ring Cut" ini melalui kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan telah dilepaskan oleh pengurus operasi kastam yang dikenali sebagai Krishnan A.



Screenshot daripada komputer kastam telah mendedahkan bahawa cincin itu tidak dikenakan duti import ke atasnya.

Paparan yang sama juga menunjukkan nilai cincin itu adalahUSD 24.4 juta. Cerita tentang cincin ini juga telah merebak di kebanyakan blog pro-Pakatan Rakyat yang lain.

Menurut laman web Forbes, gelang "VVS2 berlian jernih yang dipasang pada cincin platinum dan dikelilingi oleh 414 butir berlian mikro (3.48 CTS)." 

Sementara itu, "Milo Suam" turut mempersoalkan rasional Najib yang didakwa membeli barangan mahal ini untuk isterinya.

"SEWAKTU anda sedang menjerit kesakitan dihinggapi belantan Polis, semasa anda penuh bersemangat melaungkan suara keramat rakyat, di saat anda basah kuyup disembur meriam air FRU dalam perhimpunan aman BERSIH 2.0 bagi menuntut demokrasi yang adil dan bersih, menuntut pilihanraya yang telus, ada seorang makhluk Allah yang bersenang lenang bermewah-mewahan dengan duit yang bukan dari titik peluhnya sendiri." kenyataan di blog tersebut.

Blog itu juga turut bertanyakan sama ada Najib telah menyalahgunakan kuasanya dalam memperuntukkan RM111 juta untuk Rosmah bagi program berorientasikan kanak-kanak dan wanita, Permata dalam Bajet 2011.

Jacob & Co adalah satu pengeluar di Malaysia melalui cawangan tempatan yang dikenali sebagai Yafriro Celebrer Le Temps Sdn Bhd, terletak di Galeri Starhill pusat membeli-belah mewah di Jalan Bukit Bintang.

Ketika dihubungi, Yafriro enggan mengulas mengenai pembelian cincin yang didakwa milik Rosmah.
 
*Kredit: PulakDah!
P/s: Kalau cincin sahaja bernilai RM73 juta, agak-agak berapa harta mereka sekeluarga? Halal atau haram? Segala-galanya terjawab di dalam kubur nanti!

SAPA KATA PENIAGA RUGI PASAI BERSIH?


Thursday, July 07, 2011


Gurauan Rasulullah SAW

Rasulullah SAW pun selalu bergurau.Baginda sering mengajak isteri dan para sahabatnya bersenda gurau untuk mengambil hati serta membuat mereka gembira. Namun usikan beliau tidak berlebihan, tetap ada batasnya.
Bila ketawa, baginda tidak melampaui batas tetapi hanya sekadar tersenyum. Begitu pula dalam bergurau, beliau tidak berkata kecuali yang benar.
Abu Hurairah RA pun menceritakan, para sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW, “Wahai, Rasullullah! Apakah engkau juga bersendau gurau bersama kami?” Maka Rasulullah SAW menjawab dengan sabdanya, “Betul, hanya saja aku selalu berkata benar.” (HR. Imam Ahmad. Sanadnya Sahih)
Di syurga tiada orang tua
Rasulullah SAW pernah bergurau dengan nenek-nenek tua yang datang dan berkata, “Doakan aku kepada Allah agar Allah memasukkan aku ke syurga .”
Maka Nabi SAW berkata kepadanya, “Wahai Ummu Fulan! Sesungguhnya syurga itu tidak dimasuki orang yang sudah tua .”
Maka wanita tua itu pun menangis.
Kemudian Rasulullah SAW memahamkannya, bahawa ketika dia masuk syurga, tidak akan masuk syurga sebagai orang yang sudah tua, tetapi berubah menjadi muda belia dan cantik.
Lalu Nabi SAW membaca firman Allah SWT:
“Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (wanita-wanita syurga) itu dengan langsung, dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan, penuh cinta lagi sebaya umurnya.” (Surah Al Waqi’ah: 35-37)

Siapa lebih kuat makan.

Satu ketika, Rasulullah SAW dan para sahabat sedang makan buah kurma, biji- bijinya mereka sisihkan di tempatnya masing- masing. Beberapa saat kemudian, Ali menyedari bahawa dia memakan terlalu banyak kurma.
Biji- biji kurma sisa mereka berkumpul lebih banyak di sisi Ali dibandingkan di sisi Rasulullah SAW. Maka Ali pun secara diam- diam memindahkan biji-biji kurma tersebut ke sisi Rasulullah.
Kemudian Ali ra dengan tersipu-sipu mengatakan, “ Wahai Nabi, engkau memakan kurma lebih banyak daripada aku. Lihatlah biji-biji kurma yang berkumpul di tempatmu.”
Nabi pun tersenyum dan menjawab, “Ali, kamulah yang memakan lebih banyak kurma. Aku memakan kurma dan masih menyisakan biji-bijinya. Sedangkan engkau, memakan kurma berikut biji-bijinya(bermaksud..makan dengan biji sekali)”. (HR. Bukhori)
Siapa yang mahu beli budak ini??
Seorang sahabat bernama Zahir, dia agak lemah daya fikirannya. Namun Rasulullah mencintainya, begitu juga Zahir. Zahir ini sering menyendiri menghabiskan hari-harinya di gurun pasir. Sehingga, kata Rasulullah, “Zahir ini adalah lelaki padang pasir, dan kita semua tinggal di kotanya”.
Suatu hari ketika Rasulullah sedang ke pasar, dia melihat Zahir sedang berdiri melihat barang-barang dagangan.
Tiba-tiba Rasulullah memeluk Zahir dari belakang dengan erat. Zahir: “Heii……siapa ini?? lepaskan aku!!!”, Zahir memberontak dan menoleh ke belakang, ternyata yang memeluknya Rasulullah.
Zahir pun segera menyandarkan tubuhnya dan lebih mengeratkan pelukan Rasulullah. Rasulullah berkata: “Wahai umat manusia, siapa yang mau membeli budak ini??”
Zahir: “Ya Rasulullah, aku ini tidak bernilai di pandangan mereka”
Rasulullah: “Tapi di pandangan Allah, engkau sungguh bernilai Zahir. Mau dibeli Allah atau dibeli manusia?” Zahir pun makin mengeratkan tubuhnya dan merasa damai di pelukan Rasulullah. (Riwayat Imam Ahmad dari Anas RA)
Moralnya, Rasulullah SAW, adalah orang yang suka menebarkan kegembiraan dan kebahagiaan dalam kehidupan manusia. Walapun beliau menghadapi berbagai kesusahan yang bermacam-macm, namun beliau juga bergurau dalam batasan tidak bercakap sesuatu kecuali yang benar.
Selawat serta salam kepada junjungan Nabi Muhammad SAW.

Ya Allah..sungguh mulia budi pekerti nabi kita..sesunggunya dia nabi kita..bayangkan kalau nabi kita  hidup sampai zaman sekarang.?apakah perasaan baginda..?

Tuesday, July 05, 2011

Blackberry 9900 (touch)

Blackberry 9780
adoi... mcmne nihk.. ttbe plak Blackberry pi bawak keluaq model baru.. hah... bb 9900 ( touch ).
shape dah lawa dah... function boleh tahan.. yang paling bestnyer.. calour resolution cantik gills...

adoi..cmne nihk... harga berapa??kalau murah boleh lh beli.. kalau bold-3 murah lagik.. beli bold-3 je la..


teringat masa jadi DIVA dulu2...hehe..

haha...diva wei...eiii...dengki ke...??
well..masa zaman2 kegemilangan aq ni ada lah rasa bajet mcm diva..ke memang diva? apa pon aq diva ok..!?
its me..afif da diva.

haha..

masa yang paling best tu adalah mlm konsert kumpulan nasyid In-Team di kolej matrikulasi aq. kolej mara kulim..

mlm tu adalah malam new year lah kan..so bebudak ni planning nk sambut dgn cara itu..ok what??
so tugas aq adalah menjadi MC mlm..ala...mcm kak engku ngn si syarifah jadik MC utk abpbh..



ok lah kan..??gedikVa gitu.

haha... ok .. so petang tu aq pon g lah buat rehearsel..wa..ala2 artis gitu..

masa testing time petang tu..wa...

crew In-Team pon smpi lah petang tu nk buat sound check..

sound check..

so.. event malam tu pon bermula la..
wei.. nk gtau ni... time aq keluar utk jadik MC..giler voke kot... mak aiii.... dah lah MC formal mention nama aq...baru tirai dibukakan dan aq pon keluarlah ala2 diva gitu..
turun utk sesi bersama peminat
haha...paparazzi sebok jerk..

haha...amacam...In-team x keluar lagik dewan dah panaz..kihkih...

nk dijadikan cerita..ada gimik plak..masa In-team nk keluar..ada offer utk nyanyi ngn diowg...buat gimik opening..terkejut habes krew ktorg ngn bdk2 yg buat event nihk..hah la.. event diowg, aq dijemput utk jdik MC..tp opening gimik x gtau diowg. nk buat mcmne kan..dah inteam offer last minit.. aq ON jerk..

terover sket lah dari In-Team..mklumlah.. first suara tu nk keluar life..sll rcording jerk.haha...
haha..k la tu kan.. masa tu bising satu dewan..malu kot... diva-diva..

family aq pon sempat lah bergambar ngn aq..hehe..

sesi bergambar

hbes event malam tu. hah ko... facebook aq tuh penuh lah nk komen..nk minx autograf...yg best tuh.. siap add..aih..time before tu x nak add aq..

tu lah manusia..bila dah popular nk baik ngn org..yeuww...!!










D.U.N.I.A: Tembelang Najib Pecah

D.U.N.I.A: Tembelang Najib Pecah

Tembelang Najib Pecah



Tembelang Najib Pecah
Wira Arjuna
Jun 29, 11
10:32pm
Kongsi 244
"Saya menekankan supaya rakyat didahulukan kerana dalam sistem demokrasi berparlimen, suara rakyat adalah suara keramat.”
Last day of Abdullah Ahmad Badawi. Najib Abdul Razak takes over as prime minister in PutrajayaItu intipati ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak beberapa bulan selepas dinobatkan sebagai Perdana Menteri pada tahun 2009.
Dalam sekelip mata di bawah teraju beliau, Malaysia kembali ke era negara polis yang mewarnai pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Hanya kerana berlainan pendapat dengan pemerintah, maka suara 63 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) cuba dibisukan, manakala ruang bersuara untuk parti pembangkang disempitkan lagi.
Rakyat yang memakai kemeja T dengan membawa logo BERSIH ditangkap, malah bendera Malaysia yang dibawa mereka untuk diedarkan kepada orang ramai juga dirampas.
Ratusan ribu rakyat yang mahu turun menzahirkan keperluan untuk sistem pilihan raya diperbaiki supaya lebih adil dan telus, akan menghadapi tindakan polis bersenjatakan belantan dan pancutan air berkimia pada 9 Julai.
NONESegala aktiviti penganjur BERSIH dan pemimpin-pemimpin politik yang menyokong gerakan itu diibaratkan oleh polis dan media arus perdana sebagai memudaratkan keselamatan negara.
Malah BERSIH, menurut Umno-BN, akan memberi kesan teruk kepada ekonomi Malaysia jika tidak dibendung.
Tembelang pecah
Polis di seluruh negara digerakkan untuk menahan sesiapa sahaja yang memakai baju T dengan logo BERSIH dan merampas apa sahaja yang mengandungi logo itu.
Akhirnya tembelang Najib “pecah”.
NONEJanji-janji untuk mengamalkan keterbukaan dan menjadikan rakyat sebagai paksi kepada segala tindakan beliau hanya kenyataan politik yang kosong.
Sebaliknya beliau menunjukkan kecederungan menggunakan insitusi polis untuk meluntur malah memadamkan sebarang bantahan rakyat secara terbuka. Dasar ini kerap dilakukan di zaman Dr Mahathir dan kini berulang di era Najib.
Justeru polis mula bertindak keras untuk membatalkan BERSIH.
Tidak ada negara yang mendokong demokrasi mempunyai pasukan polis yang menangkap orang hanya kerana pakaian mereka tidak seiring dengan pemikiran kerajaan.
NONEApakah undang-undang rimba berdaulat kembali apabila polis boleh menyerbu dan menyita sekretariat BERSIH tanpa waran semata-mata untuk merampas baju T dan risalah BERSIH?
Di sebalik semua tindakan polis terhadap penganjur dan penyokong BERSIH, apakah salah dengan tuntutan perhimpunan itu?
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia, Suhakam, sendiri tidak mempunyai sebarang bantahan terhadap perhimpunan aman BERSIH, namun dukacita kerana pendapat badan ini tidak mendapat perhatian kerajaan.
police crack down bersih 290611 melacca chinese assembly hallIni kerana tuntutan asas BERSIH adalah supaya sistem pilihan raya diperbaiki khususnya ketelusan undi pos di samping pembersihan daftar pengundi.
Sebuah pilihan raya yang adil dan telus akan memberi kelebihan kepada mana-mana parti yang menang pada pilihan raya umum akan datang untuk mendabik dada kerana meraih kejayaan yang “bersih” dan tidak mencurigakan.
Amat berpengetahuan
Tidak ada sesiapa boleh menafikan bahawa pada setiap pilihan raya, BN akan bermula dengan kelebihan yang begitu besar berasaskan kawalan penuh terhadap media arus perdana negara ini dan sumber kewangan negara serta kemudahan awam.
Contohnya Utusan MalaysiaTV3, NTV7TV9New Straits Timesdan Berita Harian dikawal oleh Umno manakala The Star dikuasai MCA.
bersih rally 271207 06Ini tidak termasuk RTMdan Bernama yang diletak terus di bawah Kementerian Penerangan, Komunikkasi dan Kebudayaan.
Kelebihan ini umumnya diterima oleh Pembangkang dan Pertubuhan Bukan Kerajaan sebagai realiti politik negara, contohnya tidak mungkin Umno menyerahkan haknya untuk menentukan siapa Ketua Pengarang Utusan Malaysia mahupun Berita Harian.
Justeru tuntutan utama NGO berkenaan menerusi BERSIH ialah supaya SPR mengatasi masalah-masalah ketelusan undi pos, penghapusan pengundi hantu dan pembersihan daftar pengundi.
Justeru inisiatif 63 Pertubuhan Bukan Kerajaan ini harus disokong, bukan sahaja oleh Pembangkang tetapi juga oleh BN, yakni Najib sendiri.
Najib ingin mencanang Malaysia sebagai sebuah negara dinamis di bawah dasar-dasar beliau yang pro-aktif dan berpaksi rakyat.
NONEBeliau seorang yang amat berpengetahuan luas, menjelajah di seluruh dunia dan tentunya peka bahawa hak berkumpul secara aman adalah prinsip asas demokrasi.
Jika benar beliau mendokong prinsip itu, kenapa bertindak begitu zalim terhadap penganjur BERSIH?
Tutup sebelah mata
Jika Najib menyokong prinsip asas demokrasi, beliau sepatutnya turun bersama rakyat, tak kira sama ada mereka penyokongnya mahupun pembangkang , demi menzahirkan komitmennya kepada sebuah pilihan raya yang telus dan adil.
NONEKehadiran beliau bersama rakyat, wakil masyarakat madani dan pemimpin pembangkang pada perhimpunan BERSIH sudah tentu menjadi pemangkin untuk Suruhanjaya Pilihan Raya melakukan penambahbaikan kepada sistem pemilihan yang sedia ada.
"Kalau kita sebagai pemimpin turun bersama rakyat tanpa protokol, tanpa hamparan permaidani merah, tanpa bunga manggar, tanpa sambutan, duduk dengan rakyat, minum dan ambil kira serta ambil berat masalah rakyat, rakyat akan tetap bersama kita dan rakyat akan tetap memberi kuasa."
Itu ucapan Najib pada satu majlis di Sabah tidak lama dahulu. Jika beliau mendokong kenyataannya itu, sudah tentu Perdana Menteri tidak bermasalah menyokong BERSIH.
NONESebaliknya Najib memilih untuk merestui tindakan polis menangkap dan memenjarakan mereka yang menuntut pilihan raya bersih dan adil.
Beliau juga menutup sebelah mata dengan provokasi PERKASA dan Pemuda Umno menganjurkan siri demostrasi pada hari yang sama, semata-mata untuk mencetuskan keadaan tegang dan memberi alasan kepada polis untuk bertindak liar.
Sayang – peluang Malaysia melangkah ke depan untuk menyubur dan mematangkan proses demokrasi negara disambut dengan tindakan pemerintah yang begitu keras dan jauh daripada bersih.
ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.
Wira Arjuna adalah nama samaran seorang wartawan dan editor kanan yang berpengalaman luas dan pernah menerajui beberapa media arus perdana sebelum bersara menjadi pemerhati politik.

Kevin Zahri - Weight Loss, Weight Gain eBooks by Malaysia's Fitness Celebrity

Kevin Zahri - Weight Loss, Weight Gain eBooks by Malaysia's Fitness Celebrity

Bapa mertua GFku...










Kepada Bf anak aku yang di <3,

Peraturan 1:
Kalo ko sampai kat pagar umah aku pastu dok hon…hon, pastikan ko bawak barang yang nak dihantar..sebab ko takkan ambik ape2 atau sesapa.

Peraturan 2:
Jangan ko pegang2 anak aku depan atau belakang aku. Ko boleh pandang dia, selagi mata ko tak merayau lebih dari paras leher anak aku. Kalo ko takleh jaga tangan ko dari dok pegang2 anak aku..aku boleh tolong cabut dan jaga tangan ko kat umah..

Peraturan 3:
Aku tau skang nih fesyen budak2 pakai seluar londeh sampai nampak boxer atau spender ko. Aku ni open-minded, so aku takkan suruh ko pakai seluar tu elok2 cam manusia normal. Tapi, bagi memastikan yang seluar ko takkan terbukak atau dibukak semasa ber’dating’ ngan anak aku, aku akan pakai stapler gun kat dalam laci aku nih untuk lekatkan seluar ko kat pinggang.

Peraturan 4:
Aku rasa mesti ko tau pasal kempen seks ‘selamat’ yang omputih dok canang hari2 kat tv atau internet. Kalo tak pakai perlindungan cam kondom atau lain2, ko mungkin akan dapat penyakit yang mungkin membunuh ko satu hari nanti. Meh sini aku nak bagitau, kalo ngan anak aku ni, aku lah pelindung tuh..dan aku akan mendatangkan sakit kat tubuh badan ko dan kemungkinan besar akan bunuh ko jugak. Paham?

Peraturan 5:
Biasalah kalo ko nak berkenalan lebih baik ngan aku ni sebagai calon bapak mertua ko..ko nak berbual pasal politik, pasal sukan atau lain2 topik semasa. Aku takmo dengar semua tuh. Satu jer topik yang aku minat nak dengar: bila ko nak antar anak aku balik ke umah ni semula? Dan jawapan yang aku nak dengar cuma: “Awal.”

Peraturan 6:
Aku rasa ko ni hensem, popular kat kolej/pejabat ko, banyak peluang nak dating ngan aweks2 lain yang lagi kiut-miut..aku takde hal ngan kelebihan ko tu..selagi anak aku pon ok dengan kepopularan ko. Tapi, sekali ko dah couple ngan anak aku, ko jangan pandai2 cari pompuan lain sampai la anak aku dah bosan ngan ko atau dia break-off ngan ko. Kalo ko wat anak aku nangis, aku pulak akan wat ko nangis.

Peraturan 7:
Sementara ko menunggu anak aku bersiap, jangan dok mengeluh kalo dia bersiap lama sangat. Kalo ko nak orang yang punctual, ko leh dating ngan mat askar. Kalo ko bosan menunggu kat luar tu, tolong le wat ape yang patut, cam basuh keta aku atau cat pagar umah aku ni.

Peraturan 8:
Tempat2 berikut adalah dilarang sama sekali korang pergi dating; tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa2 tempat yang leh duduk2 atau baring2. tempat2 yang takde kehadiran orang tua, polis, tok imam. Tempat2 yang gelap. Tempat2 yang membolehkan korang berpegang tangan/menari atau bersukaria. Tempat2 yang panas sampai membuatkan anak aku terpaksa pakai tshirt takde lengan..pakai short skirt. Tempat yang sejuk sampai ko kena panaskan badan anak aku. Movie yang romantic, berunsurkan cium2 tu elakkan. Movie pasal seksa kubur atau hari kiamat dibolehkan.

Peraturan 9:
Jangan sekali-kali menipu aku. Aku ni nampak jer perut buncit, kepala hampir botak, tapi aku akan tau semua pergerakan ko dari spy2 aku. Kalo aku tanya ko nak pegi mana, dengan sapa lagi yang join ngan korang, ko ada satu peluang jer nak jawab dengan benar, tiada yang tak benar melainkan benar belaka. Aku ada satu senapang patah, satu cangkul dan lima ekar tanah yang penuh hutan kat belakang umah aku ni. Selalunya aku dok menembak khinzir kat situ. Kalo aku tembak kepala ko kat belakang tu, takde sapa yang nak tanye. Jangan main2 ngan aku.

Peraturan 10:
Ko patut takut ngan aku ni..kalo boleh biar sampai sangat2 takut. Aku ni dok teringat2 lagi peristiwa bukit kepong. Sampai skang kalo ada orang datang umah senyap2 pastu dok berbual kat laman aku nak tembak..aku ingatkan komunis. Nanti dah abih dating, sampai kat pintu pagar, bukak pintu kereta dan angkat dua2 tangan ko tinggi2. Cakap dengan jelas “saya datang antar anak pakcik”. Pastu terus blah. Tak payah masuk minum teh. Kilauan matahari yang ko nampak kat tingkap umah aku ni ialah teropong senapang sniper aku.

Sekian, Yg ditakuti,Bapak Kepada Gf ko.
(Sumber : Cari Forum)

Artikel Yang Berkaitan

Monday, July 04, 2011

Rempit Beraksi di Litar

Rempit Beraksi di Litar
jokes humor Lawak Spastik Vol. 12



Terdapat beberapa ketegori bantal dan perwatakan:-
1) Memeluk Bantal
Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap
lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik.
Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui
mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.
2) Menggunakan Banyak Bantal
Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka
jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.
3) Tidur Dengan Satu Bantal
Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan
berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.
4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini
menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.
5) Tidur tanpa Bantal
Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat
ego.
6) Tidak punya bantal
Kasihan betul… pergi kedai belilah satu!!