Sunday, August 28, 2011

tv3 makin gila

mungkin ada yang perasan, sudah dua kali saya buat " new post" mengenai tv3 makin gila. kali ni. memang dah tahap yang sangat kritikal. mari kita kupas sendiri apa yang berlaku.

klik sini

Monday, August 22, 2011

Selamat Hari Malapetaka!

best couple of the year




Kali ini saya meminta para pembaca terbuka hati untuk melupakan segala fitnah dan tohmah yang dilemparkan kepada Rosmah  dan Najib. saya ingin membawa pembaca kepada politik nyata. kuasa politik adalah kuasa ekonomi, siapa yang menguasai ekonomi akan menguasai politik.

para pembaca yang budiman , sila lupakan cerita dari Lebai Desan anak Desus yang Najib pernah ada anak dan beristeri dengan ornag putih, lupakan juga tentang Rosmah berhasrat agar anaknya berkahwin dengan anak Sultan Brunei, lupakan kisah Rosmah menggunakan khidmat bomoh india dan segala bagai.

Pada tarikh 31 Ogos setiap tahun adalah hari Malapetaka untuk kita semua. ini kerana pada 31 Ogos 1957 yang lalu, United Malays National Organisation telah dinaikkan takhta oleh penjajah British.

trio
Pada Ogos  2011, musibah Malapetaka ini semakin jelas. malah musibah Malapetaka ini semakin jelas. malah makan menjadi-jadi apabila Rosmah dan Najib( sepatutnya Najib dan Rosmah...) berada di Putrayajaya. Malapetaka pertama yang dibawa oleh Rosmah dan Najib ialah kes pembunuhan Altantuya yang membawa tergadainya tanah Keretapi Tanah Melayu di Singapura. tektik yang dijalankan oleh Singapura kepada Rosmah dan Najib melalui akuan bersumpah P Balasubramaniam bahawa Najib telah menemukan Razak Baginda dengan Altantuya yang merupakan "penyedap" Najib di Pulau Sentosa. jadi apa hebatnya?

yang hebat ialah ada kemungkinan polis rahsia Singapura telah megambil gambar Najib dan Altantuya ketika mereka berada di Singapura. sudah tentulah Najib berasa takut. untuk Singapura pula, ada atau tidak gambar itu bukna penting. yang penting ialah Najib sentiasa berasa takut. ketakutan Najib ini membuatkan dia mengikut apa sahaja kehendak Singapura, termausklah KTM.

ketakutan Najib ini juga sedang dimainkan oleh Amerika Syarikat dan Australia; dengan wujudnya kilang radioaktif Australia di Gebeng, Pahang. Australia sendiri tidak membenarkan pembukaan kilang tersebut di sana.
Rosmah Mansor
Rosmah pulak berlagak sebagai Menteri Kabinet. pernah dilaporkan bagaimana Rosmah mewakili kerajaan Malaysia ke Saudi arabia untuk membincangkan hal pembelajaran dan bukan Menteri Pelajaran Malaysia.

janga lupa Rosmah dan Najib ini ada "free loader" atau kata Mak Cik Felda ' suka makan free. ini jelas terbukti apabila kenduri kendara perkahwinan anak Rosmah di Kazakhstan beberapa bulan dahulu telah menggunakan duit kerajaan untuk penerbangan dan sebagainya.


Monday, August 15, 2011

pudding kegemaran Ramadhan kali ini.

salam;

dah setengah bulan dah kita semua berpuasa. cepat je rasakan! maklumlah.. time bulan puasa ni la saya sibuk untuk mencungkil bakat tenggelam saya.haha... 

saya jarang sangat makan kuih-muih. its sooo yesterday..bak kata omputih.. saya lebih gemar spaghetti.yumyy!!

nak dijadikan cerita, saya ada seoranga kawan yang baru pulang dari negara Arab. katanya nak berniaga di bazar Ramadhan. jual pudding caramel. dari situlah saya mula kenal pada pudding ni. rasanya.. fulamak!!sedaaap!!!



credit to : Nabila Rafie...sedap!!tq!
oleh itu. saya ingin kongsi resepi buat puddiing ini. mudah ja. selamat mencuba!!!

Bahan-bahan ( Seisi keluarga )

  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan susu segar
  • 1 senduk gula pasir
  • 5 biji telur
  • 1 sudu kecil tepung kastard
  • 1 sudu kecil tepung jagung
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • Untuk dibuat karamel/ gula hagus:- 1 senduk gula pasir

Cara-cara

  1. Campurkan kesemua bahan kecuali karamel/ gula hangus. Tepung kastard & tepung jagung perlu dibancuh dulu dengan susu segar supaya tak berketul.(boleh guna whisk, hand mixer/ blender)
  2. Masukkan karamel/ gula hangus yang dah siap dibuat tadi ke dalam loyang. (Kalau boleh jangan terlalu hangus takut puding jadi pahit)
  3. Masukkan adunan tadi ke dalam loyang tersebut.
  4. Kukus selama lebih kurang 45 minit.
  5. Setelah siap sejukkan dalam peti sejuk. (sangat sesuai dihidangkan ketika sejuk)


percubaan pertama

Sunday, August 14, 2011

komfem lepas ni Pulau Pinang jadi isu orang BN

sebelum apa2 yg kawan2 saya kan dengar dr orang Bn lepas tu kawan2 saya akan serang saya. tolong aca dulu post di bawah ye kawan2.





Awal-awal lagi saya dah jangka pasti ada pemimpin UMNO yang akan jadikan bahan polhttp://topnews.in/law/files/ahmad-zahid-hamidi_0.jpgitik murahan berikutan keputusan Majlis Fatwa Pulau Pinang memutuskan bahawa bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara sebelum waktu solat subuh adalah dilarang menurut hukum syarak.

Tetapi saya tidak pula menyangka yang pemimpin tersebut adalah naib presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, seorang yang berlatar belakangkan pendidikan Islam.


Saya hairan kenapa Zahid tiba-tiba mempersoalkan keputusan Majlis Fatwa yang tidak berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Zahid mengaitkan pengeluaran fatwa itu dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang atau JAIPP dan kerajaan negeri.

Di sinilah letak kesilapan besar oleh Zahid kerana JAIPP bukanlah badan atau pihak yang mengeluarkan fatwa tersebut tetapi hanya mengedar pekeliling fatwa berkenaan kepada semua masjid dan surau di negeri Pulau Pinang.

Yang buat fatwa adalah Majlis Fatwa bukan JAIPP, oleh itu JAIPP tidak boleh dipersalahkan kerana ia tiada kuasa atau hak untuk mengeluar fatwa.  Tak kan inipun Zahid tidak tahu.

Zahid juga kurang bijak dan salah apabila dia menuduh kononnya larangan yang dikeluarkan oleh JAIPP adalah atas arahan pentadbiran kerajaan negeri. Amat jelas Zahid bermain politik murahan kerana pentadbiran negeri tiada kaitan dan kena-mengena dengan pengeluaran fatwa. Ini dijelaskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Abdul Malik Abul Kassim.

Sebuah NGO yang dinaungi oleh semua jawatankuasa kariah masjid seluruh Pulau Pinang diketuai oleh Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang, Datuk Seri Yusof  Latif  menerima dan menghormati keputusan Majlis Fatwa Pulau Pinang dan menasihati semua masjid dan surau akur akan larangan itu. Jadi, kenapa Zahid Hamidi pula yang melenting tak tentu pasal jika bukan kerana dia sengaja mempolitikkan isu.

Zahid juga menuduh kerajaan negeri Pulau Pinang sebagai tidak sensitif  terhadap agama Islam dan ia seharusnya merujuk fatwa itu kepada Agong.

Dalam pada itu, Mufti Kerajaan Negeri Perlis Dr Juanda Jaya menyokong tindakan Majlis Fatwa Pulau Pinang agar suara bacaan al-Quran tidak dikuatkan melalui pembesar suara sebelum waktu solat subuh.

Perlis sokong kenyataan itu dan Perlis dah lama kuatkuasakan larangan itu di masjid dan surau, kata Dr Jaunda sambil menjelaskan bahawa mikrofon masjid hanya boleh laungkan azan waktu subuh sebanyak dua kali sahaja, pertama 30 minit sebelum subuh dan kemudian azan subuh. Saya ingin tahu daripada Zahid adakah kerajaan negeri Perlis juga tidak sensitif terhadap agama Islam ....

Dr Juanda berkata ia adalah amalan yang menepati kehendak sunah Nabi Muhammad s.a.w. 

Sementera itu, mantan Mufti Perlis Prof. Madya Dr Mohamad Asri Zainul Abidin juga menyokong fatwa tersebut yang disifatkannya sebagai arahan nabi dan selaras dengan kehendak syarak.

Dr Asri, anak kelahiran Pulau Pinang, berkata apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan.

Wednesday, August 10, 2011

masalah facebook masa kini

salam.  belakangan ini saya banyak berita dan status di facebook yang menjadi begini:

antara facebook kawan saya berstatus ini

saya pun segera buka akaun facebook saya dan terus mencari kepastian. ini yang saya jumpa

antara yang ada di dalam akaun saya

menjadi kehairanan bagi saya. macam manakah ini boleh berlaku. tak kan lah disebabkan oleh saya menggunakan BlackBerry. adakah facebook mengimport semua contact saya?? bahkan nama yang saya simpan dalam hp pon dikeluarkan sebijik di facebook. itulah hebatnya Israel ini.

kalau sesiapa yang belum lagi remove, sila rujk di bawah.



tapi saya masih perlukan penjelasan dari kalian tentang bagaimana ini berlaku..? kalau perkara ini berterusan marilah kita sama-sama perangi facebook!
say NO to facebook




Tuesday, August 09, 2011

impian cita-cita ku-terawih

salam; coretan kali ini ingin saya kongsikan saat saya sedang bersolat sunat terawih tadi. solat terawih. ya. kurang khusyu juga la tadi.
Selamat Bepuasa
entah macam mana la tadi masa saya sedang agak khusyuk untuk solat pada rakaat pertama, tiba-tiba terlintas di fikiran untuk bekerja di MRSM. secara tak disengajakan. tapi entah kenapa saya tak mampu untuk terus khusyuk dalam solat tadi. malahan, saya terus saja melayan.

semasa bekerja di MRSM, saya mendapat tawaran untuk membuat "Doctor_of_Philosophy". siapa sangka graduan degree terus dapat buat phD. rezeki. keadaan lebih meriah apabila saya ditempatkan di England.
sepanjang pengajian di England bermacam-macam yang saya lakukan untuk harumkan nama Malaysia umumnya dan menyerlahkan nama saya khasnya.

antaranya:
# pernah menghasilkan kumpulan koir kebangsaan di England-disertai warga England
# menjadi Dj di radio-radio tempatan England
# pernah menjadi pelajar yang banyak mendekatkan diri denagn warga England
# pernah membuat liputan sendiri tentang England
# mempamerkan Malaysia di mata England
# selalu bersama pensyarah serta ahli falsafah lain membincangkan isu-isu semasa.
# menerima jemputan dari Queen Elizabeth
# saya bersama DUTA Malaysia makan malam bersama Prince William dan Kate
# semasa konvo di sana, DYMM SPB Yang di_pertuan Agong Tuanku Mizan datang mencemar duli untuk             sijik, anugerah dan diberi gelaran King of Malaya setelah diperkenan tuanku.

sehinggakan semasa keluarga saya datang melawat saya, mendapat liputan meluas dari CNN, HBO, tv3, ntv7, astro oasis, astro arena*apa kejadahnya sukan buat kat sini.haha...

yang paling penting, ibu saya menitiskan air mata di saat nama saya disebut oleh MC masa konvo sebagai
" i would like to call upon MR. King Of Malaya, Dr. Muhammad 'Afif b Khalin"
salah orang plak bila naik.haha..

melampaukan angan - angan saya. agakla.

pulang ke Malaysia terus dilantik sebagai Perdana Menteri atas sokongan dan nasihat Obama. terus saya membuat perubahan kepada rakyat Malaysia.

nak ikutkan banyak lagi yang diangankan.
cukupla.. nanti ada pulak yang mula marah, hentak kaki bagai.

apa lah nak jadi dengan Malaysia!

salam. saya baru je baca satu blog yang memaparkan keburukan PAS. malangnya, kesahihan akan apa yang diceritakan itu betul atau tidak.

mari kita kupas satu persatu:


TAA’SUB
PAS sebuah parti yang ekstrim dan taa’sub. Ia sentiasa bertindak dengan apa
jua cara untuk memuaskan kepentingan politik sempit mereka, walaupun
bercanggah dengan ajaran Islam. Mereka mengajar pengikutnya supaya menolak
pendapat orang lain, walaupun benar.

pendapat benar apakah yang PAS ajar penyokongnya untuk tolak?



JUARA PERPECAHAN
PAS menjuarai perpecahan di kalangan umat Islam. Ini terbukti di dalam
peristiwa-peristiwa yang berlaku seperti mendirikan sembahyang Jumaat
berasingan, tidak mengiktiraf juru nikah kerajaan dan sebagainya.

peristiwa apa? hello.. tolong la. sapa la yang akan sokong orang yang ditentang. awat? BN mengiktirafkah sumbangan DAp yang kononya duit haram hasil arak dll. hbs tu.. cukai negara kita, carlsberg x bayar ka? dan sebagainya?



MENTAFSIR AJARAN SESAT MENGIKUT SELERA POLITIK
PAS mentafsir ajaran Islam berdasarkan kehendak politik mereka.

kalau sesat kenapa kerajaan tak haramkan penubuhan PAS mcm al akram tu?aii... pas siap ada di Parlimen lagi.adohai!



SUKA BERMUSUH
PAS sebuah parti yang berminat dengan permusuhan sesama Islam untuk mencapai
matlamat politik mereka.

apa jadi dengan Perdana Menteri dan timbalannya??



MENANAM PERASAAN BENCI
PAS menanam perasaan benci di kalangan ahli dan penyokongnya terhadap orang
lain seperti mengajar kanak-kanak menerusi Pusat Asuhan Kanak-kanak (TASKI)
untuk membenci para pemimpin negara.

pengalaman saya sendiri, di universiti, pelajar disuruh dan dipaksa*KALAU X, GANGGU CGPA untuk menyertai program2 berunsurkan politik dan perkauman. penceramah sendiri membuat pengakuan " ini program BN" aii.. sanggup ni, makan mewah, bawa pi tempat2 pelancongan yang mewah. apakah?



PENYALAHGUNAAN WANG DERMA
Penyelewengan PAS terhadap wang derma yang dikutip kerana tidak mempunyai
rekod dan tidak memaklumkan ke mana wang tersebut dibelanjakan.

Ya Allah. kalau cakap pasal duit ni, satu malaysia tau. "BN pandai menguruskan kewangan negara" berjimat sungguh para pemimpin negara. hidup bersederhana. berjiwa rakyat. ye la.. rumah menteri2 paling mahal 200 juta je..*apa..ko igt juta rupiah. cincin isteri 24 juta je. Isteri tok guru pakai tudung bawai 28 ringgit wooo..mahal gills.adoi!



MAKSIAT DI KELANTAN
Kedai penjualan arak, judi dan pusat hiburan (maksiat) masih berleluasa di
Kelantan.

bab ni jangan la melampau sgt kan.. awat penang masa zaman Khoo Tsu Koon? hal2 ni.. kat tanah perkuburan pon ada juga orang buat maksiat.



TEMPAT IBADAT DISALAHGUNAKAN
PAS menggunakan surau-surau/masjid-masjid dan khutbah untuk menimbulkan
kebencian kepada kerajaan sedangkan mereka menikmati pelbagai kemudahan dan
nikmat.

pada zaman nabi muhammad, baginda berdakwah gna Dewan Parlimen al-negeriun arabun ka?



TARAF HIDUP RAKYAT TIDAK BERUBAH
PAS memerintah negeri Kelantan, tanpa sebarang perancangan untuk
meningkatkan taraf hidup rakyat. Pembangunan negeri di tahap paling terbawah
jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain yang diperintah oleh BN.

negeri pahang darul makmur?



SEBAR FITNAH KEBURUKAN NEGARA
PAS tidak menanam rasa cinta kepada negara bahkan menyebarkan fitnah tentang
keburukan negara sendiri lebih-lebih lagi sewaktu berada di luar negara.

bila sangat la tok guru nik aziz dan hadi awang pi over da seas..?



ini apa yang sempat saya kupaskan. ada banyak lagi tohmahan sebenarnya. cuma ada yang terlalu nampak sangat tohmahan tak perlua lah kia jadi bodoh sangat nk pertikaikan perkara yang dah terang lagi bersuluh.