Thursday, January 05, 2012

melayu kita malaysia dia.

tajuk tu kalau baca mau kontreversi jadinya. maklumlah, Malaysia di ambang, Malaysialicious. apa itu? entahla. haha..

petang tadi, masa saya dan rakan keluar untuk makan malam, kami ditahan di sekatan jalan dalam kawasan kampus. biasalah, soalan pertama yang akan ditanya, "pelajar ke?" jawabnya, "taklah, datang melawat anak!". dah sah-sah lah pelajar, "sticker" kenderaan tu kan dah ada terpampang. apa masalah kau nak tya soalan bodoh macam tu. dasar polis bantuan.phuh..

balik dari makan malam terus online facebook, rasanya itulah rutih seharian kita semua, mak cik mah yang jual tapai tu pun balik bukak facebook lepas penat jual tapai.haha.. ada satu post yang menarik perhatian saya.
dari VC UiTM, Dato' Prof.Ir.Dr.Sahol Hamid, mengatakan, pihak UiTM menerima makluman bahawa, satu demonstrasi akan diadakan di kawasan kampus. oleh itu, pihak beliau telah mengambil langkah proaktif dengan memohon bantuan Polis Bantuan UiTM dengan kerjasama PDRM untuk menjaga keselamatan kampus.katenye lah... masalahnya sekarang, minggu ni rasanya semua tengah sibuk dengan "final exam". apa kejadahnya budak-budak ni nak melalak, meraung bagai sana sini? tertarik dengan kata2 mamat ni, " Tun Mahathir dulu masa jadi student, study jgak wei."hahaha.. betol... dah tu. mananya???sampai ke sekarang(3.09pagi) saya tunggu. tak de apa pon. adohai la... tu esok keluar lah paper, "VC UiTM mampu mengawal tingkah laku pelajarnya."hahaha...alahai...

saya di sini tidak menyokong mahupun membangkang tindakan mahasiswa dalam melibatkan diri dengan politik ke, demonstrasi ke, atau apa jua bentuk penglibatan diri pelajar dalam arena meningkat dewasa ini. almaklumlah, "generasi muda, tonggak pimpinan masa depan negara" katanya.

kita alihkan pandangan kita kepada,
kenapa mahasiswa tidak harus melibatkan diri dalam arena politik?

ini kata Tun Dr. Mahathir.

beliau sedar tak siapakah beliau?
beliau sedar tak apa yang telah beliau lakukan dulu.
kalau kita tanya pak cik google siapa Dr Mahathir, nnti mak cik wiki akan jawab siapakah beliau.

s.t.t.p(straight to the point),

"joined protests"????umm.... beliau sendiri mula melibatkan diri dalam dunia politik dengan cara demo!

bilakah Japanese occupation of Malaya tu?

tahun 1941. ok.. bilah beliau dilahirkan???


tahun 1925. hurm... berapakah umur beliau ketika beliau berdemo???

1941 tolak 1925 = 16. maksudnya umurnya dalam lebih kurang 16 hingga 21 tahun(mengikut kadar tamatnya masa  Japanese occupation of Malaya tu). agaknya apakah yang kita lakukan pada umur-umur macam tu? SPM pun tak amek lagi kan.hahaha...

apa yang dapat dirumuskan, beliau sendiri, ketika belajar telah mula berjinak-jinak dalam arena politik. tak gitu?? betolkan saya kalau salah!

mahasiswa sekarang terdedah dengan banyak maklumat dan informasi terkini tentang status negara kita. tak perlu pergi arkib negara pon nak tau pasal Malaysia.

justeru, mereka lebih bersemangat dalam membuat sesuatu mengikut majoriti dan mengikut pandangan mereka sendiri. masakan tidak, mereka juga mahukan perubahan. dalam hal ni, saya tidak mengambil kira mereka yang mempunyai latar belakang keluarga berpolitik.

maka apa gunanya mereka dibenarkan mengundi pada umur 21 tahun? adakah sekadar duduk diam di kampus, belajar, berkokurikulum dan mengundi BN semata-mata berdasarkan kemudahan yang telah diberikan hasil titik peluh orang tua kita. kemudahan yang diberikan kepada kita tak seberapa jika dibandingkan dengan kemudahan yang diberikan kepada kroni-kroni, kaum keluarga dan diri mereka sendiri. ada pernah jumpa anak Tun Mahathir di UiTM? tu....kan overseas dia letak anak dia. pakai duit mana??? pandai sangatkah anak-anak dia masa SPM??

tu.. najib, anak dia bertunang di luar negara atas tiket apa? atas tiket lawatan kerajaan..hahaha...alahai.. dah tak dek duit sangat ke. kenapa, si mek Mah beli cincin ke?

benda kalau nak mengutuk ni senang je. banyak!tapi wallahualam lah betul ke tidak. hanya Allah sahaja yang Maha mengetahui.

Justeru, bukalah mata kita. lihatlah sekeliling. apakah kita akan benarkan perkara sebegini terus menghantui kita, anak cucu kita dll.

pesanan untuk mahasiswa, pertama sekali, betulkan niat.
niat apa??
niat untuk apa kita hidup
niat untuk apa kita menuntut ilmu
niat unutk apa kita berjuang.

goodLuck!








2 comments:

ruzaimi@Along said...

Exactly right bro..haha

Anonymous said...

jgn tgk buruk org, tgk buruk sendiri dulu la bro...generasi skrg xmcm generasi dulu...dulu zaman jajahan....merdeka blum lagi...sbb tu anak2 muda bersungguh2 libatkan diri lam 'protes' katenye...skrg ni negara kita dah merdeka....diulang, negara kita dah merdeka....byk sumbgn kerajaan...so skrg nk protes kerajaan plak ek?hmm...sedih rasanya...mmg anak2 muda skrg seolah2 xbersyukur dgn apa yg mereka ada skrg...kesian aku tgk...sendiri yg buat hal, lepastu nk salahkan org lain...(ni pendapat aku je...setiap org ada pendapat sendiri kan?)