Tuesday, December 27, 2011

tidak mampu bertahan


genap sehari dee kay hilang. setiap saat, kenangan bersamanya meruntun jiwa raga. apakah masih tidak ada harapan untuk kami bersama?
sering terkenangkan telatah di saat pertama kali aku membelainya. senyap. murung. lemah. bahu sering menjadi tempat dia sandarkan segala masalahnya itu.
sering bermain dan leka dengan dunianya sendiri. tidak menghiraukan perasaan aku akan gusarnya tentang kesihatan dia. selsema. aku sendiri tidak suka akan selsema.
sekeliling membuatkan dia lupa akan semua itu. begitu ghairah meneroka alamnya sendiri.
dee kaylah peneman, pengejut dan pengecau hidup aku. tapi semunya seolah-olah dicuri, dirampas, dan dinodai begitu sahaja. apakah?
untuk pertama kali aku rasa kehilangan. Ya Allah, "hanya ingat DiKAU kala dukaku". aku mohon agar diKAU permudahkan urusan hidup ku dan perjalanan dee kay di luar sana. apakah dia sudah bersedia? mampukah dia   mencari makanan? pedulikah orang akan kehadiran dia?
adakah air mata yang berlinang ini suatu penyesalan akan sikap aku?
sepatutnya dia lebih selamat dan terjaga di tempat asalnya.
ku mohon agar dipertemukan kembali YA ALLAH!

No comments: