Friday, March 02, 2012

Perasaan Ini



"Speak Up, isn't this fun?"

kalau di'Bahasa Melayu'kan seronok kah apabila anda bebas bersuara?
kalau salah tafsiran maaf lah ye. tafsiran itu berdasarkan apa yang saya faham.
asalnya post kali ini nak buat suatu kelainan, iaitu membuat satu ayat berdasarkan gabungan beberapa gambar yang digooglekan, malangnya diri dah terasa sangat penat dan letih serta mengantuk.

seronok sebenarnya berbicarakan tentang keperihalan manusia ni. maklumlah. masing-masing ada perangai, ego dan kepala otak yang mana dah bermula untuk manjadi dewasa atau matang.
kalau masa zaman kita kecik2 dulu boleh la kalau nak main2 feeling kan.. jap kawan..pas tu gaduh balik.. pas tu kawan balik. kan? macam-macam

tapi sekarang ni. pada umur yang dah meningkat dewasa ini. tolong lah. malu kot pada adik2 atau pada generasi muda. kita masih lagi bercakap belakang. kita masih lagi bertalam dua muka. kita masih lagi menipu  diri sendiri dengan hipokrit pada insan di sekeliling kita.

memanglah. kalau tengok pada diri tu, nampak lah tokoh seorang abang kan. yang dah pun berpengalaman rupanya. kalau berbicara soal pendapat, atau menyuarakan pandangan, memang terserlahlah dirinya itu. tapi, dalam menangani hal yang kecil, rasa macam dah hilang akal dan fikiran yang waras dek perasaan yang tidak pandai dikawal. kepala hangin sangat. tolonglah.. kalau sekadar hendak menyelamatkan diri sendri dan terpaksa put the blame on others, jujur cakap. anda insan yang hina. mungkin agak peribadi sedikit bagi penulis, tapi ini adalah sekadar perkongsian semata-mata.

kalau benar kita mahu memegang kata-kata, peganglah dengan erat. dari hujung pangkal. apa kita sudah lupa pada tanggungjawab dan amanah kita? apa bezanya? jadi kalau kata yang semudah ini masih belum dapat kita bezakan apatah lagi kita laksanakan, kita tidak ada hak untuk berbicara pasal kata-kata lain.
Penulis berada di sini bukan atas dasar apa-apa, melainkan tanggungjawab dan amanah sahaja. fahamilah.
renungan bersama. harap jangan kecilkan skop pemikiran pembaca.

pengalaman mengajar kita.
kisah semalam menjadikan kita pada hari ini dan menentukan siapakah kita pada esoknya?

justeru, renungkanlah.. muhasabahlah diri. kenalilah diri sendiri dulu..
baru aman dan sejahtera hidup kita bersama.
ingtalah.. apa sahaja yang dilakukan pada masa dahulu mungkin sedikit sebanyak menggangu kehidupan orang lain pada hari ini. justeru mohon maaflah selagi mampu dan percayalah setiap perbuatan itu ada pembalasannya.

Selamat Malam dan Selamat Menghadapi Kehidupan Sebagai Pelajar.


1 comment:

Mag_Jr Shomei said...

I have to read the entry line one-by-one you know...sebab entri kali ni rasa memang ade kelainan, rasa ter-fokus untuk menbacanya...syabas anakanda~ =)