Wednesday, February 22, 2012

Doakan lah ye..amin..

aku hanya mahu jadi orang yang baik
melakukan kebaikan supaya orang lain dapat manfaat
jika aku tidak mampu
janganlah kiranya aku berbuat jahat
atau kejahatan dalam kebaikan
biarlah aku diam andai aku belum bersedia
kini ku lemah
namun tak pula aku ingin jadi lemah selama-lamanya
aku harap aku akan kuat
dan aku mohon
biar aku jadi kuat untuk buat kebaikan
dengan itu
akan aku berusaha
dan Engkau sahaja tempat aku mengadu
kerana Engkau teman yang setia
ya Allah
redhailah aku
tingkatkan lah iman ku
tingkatkanlah ketaqwaanku kepadaMU
kurniakanlah taufik dan hidayahMu
bimbinglah aku ke jalanMU
ampunilah dosaku
dosa kedua ibu dan bapa ku
permudahkanlah urusanku di dunia
mahupun
AKHiRAT.


No comments: