Thursday, June 09, 2011

Polis Seksyen 15 Shah Alam Makan Gaji Buta


Saya merupakan penduduk tetap di Shah Alam, Selangor. Apa yang membuatkan saya tidak puas hati dengan pihak polis Seksyan 15, Shah Alam ialah aduan saya dan penduduk Pangsapuri Rimba 2, Seksyen 16, Shah Alam berkenaan pemuda yang seringkali mengamuk di kediamannya, rumah bernombor 09-14, Pangsapuri Rimba 2 tidak diendahkan oleh pihak polis.
Ada ketikanya apabila panggilan kepada Balai Polis Seksyen 15 Shah Alam dibuat berkenaan pemuda mengamuk di pangsapuri ini, operator sengaja menukar topik dengan menyuruh menghubungi Bilik Gerakan bernombor 03-55102222 yang sebenarnya tidak wujud kerana tidak dapat dihubungi.

Oleh itu, saya dan penduduk di sini berharap agar pihak aduan rakyat dapat mendengar keluhan dan aduan dari kami.

No comments: