Wednesday, September 07, 2011

terbitan yang dipetik

salam lebaran buat semua pembaca.

untuk makluman, 2 terbitan terbaru dalam D.U.N.I.A yang berkisarkan perjuangan dan tugu negara sebagai mengupas isu hangat MAT SABU adalah dipetik. malangnya, penulis tidak sempat untuk menyatakan dipetik dari mana.

penulis memohon kemaafan di atas kesilapan ini.

harap maklum

saya gagal sejarah sampai ke trial SPM, tp SPM dpt A2


Mat Indera : UMNO PEMBOHONG BESAR!!

Mat Indera antara 150 tokoh terbilang kata MB Johor!




LIHAT wajah lelaki ini, inilah wajah Mat Indera, seorang pejuang yang lahir dari tanah Johor. Baru-baru ini Mat Sabu dikecam teruk oleh media propaganda Umno kerana menyebut Mat Indera sebagai hero sebenar.
Mat Sabu dituduh sebagai penyokong dan pendukung komunis, kerana mengangkat Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan. Tapi tanpa mereka sedari Menteri Besar Johor pernah mengiktiraf Mat Indera sebagai antara 150 tokoh terbilang dari Negeri Johor.
Di bawah ini petikan teks ucapan Menteri Besar Johor, Dato' Haji Abdul Ghani Othman pada majlis pelancaran buku "Fatimah gadis desa srikandi bangsa", di Permata Ballroom, Hotel Puteri Pacific, Johor Bahru pada hari Khamis, 13 Ogos 2009 jam 10.45 pagi [http://www.johordt.gov.my]. Berita ini turut disiarkan di portal [Bernama]




Jelas sekali di dalam ucapannya menyebut hampir 150 orang tokoh terbilang yang lahir dari Johor telah ditulis biografinya dan diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor dalam lima jilid. Salah satu jilid yang disebut oleh beliau ialah Pengukir Nama Johor.
Pengukir Nama Johor adalah judul sebuah buku yang turut mencatatkan biografi Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan. Malah di kulit luar buku initerpampang wajah Mat Indera.


 Jika gerombolan songkok tinggi tiga jengkal (United Malays No Otak) masih tak percaya dengan kewujudan buku ini. Sila buat tempahan secara online sekarang, harganya pun tak mahal baru RM20.00. Klik sini [Yayasan Warisan Johor]

"MB Johor kata Mat Indera Tokoh terbilang, Polis UMNO takmau tangkap?"